Monday 31 December 2012

The RB's Secret Award


Hi! Lamenye tak update post kat TRBS. Ade la dalam seminggu. Actually, I’ve been through a very challenging week, sebab tu tak sempat nak update post. Sori yer?? Hahaha.. So,memandangkan hari ni hari last bagi tahun 2012, post aku kali ni aku nak bagi award kat orang2 yang dah ceriakan hidup aku sepanjang 2012. Baiklah, kita mulakan dengan kategori pertama.


Best Male Friend of The Year

Wan Aqil

Yup! Takde orang lain lagi yang boleh kalahkan Wan Aqil dalam kategori ni. Aqil layak terima anugerah ni sebab xde orang lain lagi yang boleh ambil posisi dia sebagai BFF aku. (sila rujuk post My Best Friend Forever And Ever untuk keterangan lanjut.. hahaha)


Best Female Friend of The Year

Mimie

Pemenang bagi kategori ini ialah Mimie!! Memegang status ini sejak 1st semester kat Asasi TESL sebab dia classmate aku. Mimie mempunyai kecantikan dan keunikan yang tersendiri serta pandai berjenaka menampakkan lagi kecomelan dan kegebuannya. Selalu jugak aku usik dia, dia pernah tanya kalau dia dengan Aqil, aku pilih sape? Bila aku cakap aku pilih Aqil, nanti dia merajuk kejap. Hahaha =P


Best New Male Friend of The Year

Kimi Jamai. Stylo kan dia?

And the award goes to, the one and only, Kimi Jamai. Blogger terhebat abad ini. Pengasas Cerita Kedai Kopi. Kat Asasi TESL dulu tak pernah bercakap langsung ngan mamat ni. Pernah jugak ak ngumpat dia ni kat Asasi dulu. Yela, semua perempuan minat dia. Nampak dia je jalan kat fakulti, nanti mesti ade suara perempuan sapa die Kimi! Kimi! Kimi! (sebijik macam reaksi pompuan bila Justin Bieber kat depan mata diorang.. hahaha!) Sori kimi! Aku rapat ngan Kimi sebab kitorang coursemate dan classmate untuk semua kelas. Seingat aku, kitorang rapat sebab kitorang duduk sebelah2 kat kelas kenegaraan. Nanti bila2 aku buat satu post pasal Kimi Jamai. Banyak benda aku nak ngumpat pasal dia ni. =P



Best New Female Friend of The Year

Farah

Fabulous Farah! Partner Mimie yang mengekor mana Mimie pergi. Hahaha. Farah layak dapat anugerah ni sebab dia rapat ngan mimie. So, at the same time aku pun terrapat la ngan die jugak. Plus, farah ni ala2 kakak aku sebab kitorang share mak yang sama.. haha (Academic Advisor laa..). Kaya orangnya. Selalu balik rumah time weekend. Pastu hari isnin, 1st class, datang sekali ngan luggage yang dia bawak balik rumah. Hahaha.


Best Supporting New Male Friend of The Year

Letto

Nama dia Khairul Anuar, tapi orang panggil dia Letto (feeling2 retis menyampah aku.. hahaha). Letto classmate aku waktu kat asasi semester dua. Aku takde la bnyak sangat bercakap nagn letto kat asasi dulu, sebab dia ade geng dia sendiri, Amal, Dean sume.. Tapi, sejak masuk UPM, kitorang coursemate so bnyak la interaksi ngan dia. Baik la jugak. (macam tak ikhlas je.. hahaha). Baru2 ni aku bertekak ngan dia pasal muzik. Dia ni dengar muzik yang jenis2 metal ntah aku pun tak tau genre ape orang panggil (yang melodi bising dan bingit pastu penyanyi dia jerit2 sampai serak). Aku buat statement la yang muzik2 camni merosakkan keindahan muzik yang seadanya. Berlakulah perdebatan antara aku ngan letto, memandangkan hujah aku lebih convincing, dia pun merajuk ngan aku and sampai sekarang taknak cakap ngan aku.. hahaha.. Letto, kalau kau baca post ni, aku mintak maaf tau..


Best Supporting New Female Friend of The Year

Maya yang cekak pinggang tu..

Nama dia Maya. Aku kenal dia kat UPM. Coursemate aku. Dia ni kurang muda.. ahaha umur dia 20++. Taknak bagitau. Nanti dia cekik aku sebab dia ni gila. Hahaha. Segila2 dia pun, dia ni best. Sangat open! Aku suka orang2 yang berfikiran terbuka ni, sebab diorang accept diri kita yang sebenar. Aku rapat ngan Maya sebab ade sorang Lelaki Cina yang sangat hot yang Maya sangat suka ushar. Hehehe. So, ape kaitannya ngan aku? Mamat Cina ni, Alfred, levelmate aku kat kolej. So, hari2 nampak dia kat level. So, pandai2 la korang relate ye.. hahaha


Best Group of The Year

The Kienoxx

We are The Kienoxx. Kumpulan diva-divana yang sangat fabulous di Asasi TESL. Xleh nak describe lebih2 kenapa diorang menang award ni. No comment. Retis tak?? Hehehe


Best Room Mate of The Year

Syamil

Ni la room mate kesayangan aku, Syamil. Kitorang rumet kat Kolej Tun Perak UiTM Lendu. TESL jugak. Classmate aku jugak. Dia ni suka wat aku sakit hati. Tapi sebenarnya dia baik. Mungkin sebab dia tahu dia hensem, tu sebab dia nak poyo2 ngan aku. hahaha..


Best Brother of The Year

Abg Harun

Harun Hatta. Senior aku kat Kolej Lekiu, UiTM Lendu. Dia amik course masscom. Sekarang dia study kat UiTM Shah Alam. Kalau aku gi Shah Alam aku mesti melawat dia. Dia ni orang Sarawak sejati. Dia ni macam abang aku dah(considering aku anak sulung). Dia faham aku, dia kenal perangai aku, dia pandai amik hati aku, dia pandai nasihat aku, dia pandai buat apa yang sepatutnya seorang abang lakukan kat adik dia.


Jadi, tahniah kepada semua pemenang. Itu sahaja untuk tahun ni dalam TRBS Award. Jumpa lagi tahun depan!

Sunday 23 December 2012

5 Things I Always Wanted To Become


Hohoho..Hi! We meet again. Ade cerita nak dikongsi bersama TRBS? (The RB’s Secret nak jugak ade initial..hehehe) Xde? Kalau macam tu, biar aku yang bercerita. Hmmmm.. Camne nak mula ye? Dulu waktu korg kecik2, korang tengok tv, pernah tak korang teringin nak jadi macam ape yang korang tengok kat tv tu, for example, Ultraman ke Superman ke Sailormoon ke Honeymoon ke (sila abaikan contoh yang terakhir..). Pernah? Penipu besar la kalau tak pernah. Hehehe.. Well, harini aku nk kongsi ngan korang sume 5 things that I would like to become when I was little.

Ash & Pikachu

Pertama sekali aku sangat nak jadi Pokemon Master macam Ash. Aku teringin nak tangkap and bela pokemon. Wajib mesti ade Pikachu, sebab Pikachu comel sangat. Dahla comel, kuat pulak tu dgn kuasa elektrik die tu. Huuhuhu..Pastu aku nak bertanding lawan pokemon ngan orang laen. Pastu,dah alang2 ade pokemon yang beraneka, aku boleh memanfaatkan pokemon2 aku utk kemudahan aku. Bukan menggunakan diorg, memanfaatkan diorg dengan kebaikan. Jangan salah faham. Aku sayang pokemon2 aku xkan aku nak dera diorg. Huhuhu

Angemon!

Kedua, aku nak sangat2 jadi kanak2 terpilih. Bila cakap pasal kanak2 terpilih, mesti la berkait rapat ngan Digimon kan? Yeah! Aku teringin nak ade Digimon. Kalau diberi peluang pilih digimon, aku cop PATAMON TAU!! Patamon aku punye!! Korang cop yang laen!!! (rase terancam sebab Patamon ramai orang suke..hehehe..) Sebab ape Patamon? Sebab die sangat comel, dan bila die bertukar, die jadi Angemon! Ngeeeeeeeeeeee… =.=’

Red Turbo Ranger

Orait.. Kalau dua yang atas aku nak ade sesuatu, yang ketiga ni aku nak jadi sesuatu. Aku nak jadi Power Rangers. To be exact, Power Rangers Merah (Turbo,Wild Force n Dino Thunder) hehehe.. Plus, dulu kalau aku berangan nak jadi Power Rangers, mesti Power Rangers yang lain2 (Pink,Kuning,Biru,Hijau) ialah bestfren2 aku. Yang Pink mesti awek aku. hahahhaa.. Cliché sangat kan? Lagi satu, kalau jadi Power Rangers, nanti ade megazord sendiri. Singa la, T-Rex la, Kereta Sport la.. macam2 la. Pastu gabung ngan yang lain jadi Megazord.

Gohan Super Saiya

Yang keempat, aku nak jadi Super Saiya! Aku sangat suke tgok Dragon Ball. Tapi aku tak minat Goku sangat. Aku suka Gohan. Gohan lagi hensem n educated (gay giler..hahaha) Entahla, sebab minat Goku terlampau mainstream. Hahaha Gohan terer jugak, die kalahkan Cell waktu die masih budak2 lagi kot. Tu yang aku minat giler kat Gohan. Dan aku teringin nak rambut emas. Rambut aku dah original terpacak. Tapi nak tukar kaler gold je tak tau camne. Hahahaha

Storm. Epic Kan?

Last but not least, aku nak jadi … wait for it … MUTAN.. To be exact, STORM! Sebab aku rase die sangat cool!!! Die bole terbang, pastu kalau die marah and die nak buat kuasa die nanti mate die tukar jadi putih, pastu rambut die melayang, pastu die akan terapung pastu badan die ade petir di samping keadaan sekeliling akan menjadi gelap, kilat menyambar2, angin bertiup kencang,etc.. COOL kan? Plus, aku pernah try jadi storm. Waktu tu baru start hujan lebat. Aku duduk kat gate rumah aku, pandang satu sudut kat atap yang nampak langit, aku pandang je langit sambil menjulingkan mata aku, aku depakan tangan ala2 nak terbang, TIBA-TIBA ade kilat. Aku sangat terkejut aku ingat aku yang buat kuasa tu. Hahahahha. Of course la bukan kuasa aku kan, tapi aku just dapat merasai seolah2 aku Storm. Pastu aku menangis terharu. Hahahaha!

Korang pulak macam mane? Pernah berangan nak jadi ape2? Mesti ade kan? hehehe. So, sampai sini je kot untuk hari ni. Terima kasih kerana setia membaca TRBS. Kite jumpe lagi. Babai.

Saturday 22 December 2012

My Best Friend Forever and Ever

Hi. Kita bertemu kembali! Pada malam yang penuh syahdu ni, aku nak kongsi sikit pasal seseorang yang bagi aku agak istimewa laa jugak. (bukan girlfriend tau..) Kawan sehidup semati aku. Nama dia Wan Muhammad Aqil Bin Wan Azmi. Die ni unik sikit. Ayah die org Terengganu, mak die org Sabah which makes him a ... (I have no idea, Asian maybe?) hahaha.. 

Ni la Aqil. The Asian guy.   -.-'



Aku kenal Aqil sebab die classmate aku tyme kat UiTM Lendu dulu. Kitorg sama course Asasi TESL. Tapi naek semester 2, kitorg dah tak same klas. Tapi, tu bukan faktor untuk kitorg putus kawan. (motif sangat nak putus kawan bagai...) hahahaha.. Aqil ni kadang-kadang die betol (tak gila) kadang-kadang die tak betol (gila). hahaha. Tapi okay la jugak, sebab kalau die asyik betol je bosan pulak, kalau asyik tak btol je, jenuh nak melayan. hahahaha.. Tapi Aqil ni best orangnya. Peramah. Pelawak. Tak sombong.

Ni waktu beraya kat umah Amoi, classmate kitorg. 

Aku rapat ngan Aqil waktu semester 2, tyme tu bnyk btol masalah aku. So, kat die jela tempat aku mengadu. Aku mengadu kat Aqil sebab die pendengar yang sangat baik. Di samping itu, (Amboih, penanda wacana kau..), Aqil punye nasihat semuanya terus-terang. Direct terus kena kat muka aku. Sesetengah orang mungkin sentap or amik hati, tapi tulah yang sebaiknya. Kitorg dah macam adik-beradik dah. Tu aku tak kesah sangat kalau die marah aku, sebab aku tau die marah sebab die tak suka aku buat benda yang salah.

Kepenatan baru lepas redah Gua Tempurung. Syamil amik gmbr senyap2..


Sekarang, si Aqil ni dok sambung blaja kat UiTM kat Bukit Mertajam, Penang sana tu. Jauh kemain. Aku nak dok melawat pun susah. Aqil rajin blaja loghat negeri lain. Die bole cakap Ganu, Klate, Sabah, Utara, Melaka skit2, Negeri Sembilan skit2. Aqil sekarang amik course Kulinari. Die minat masak dan die mmg pandai masak. Die mmg nk jadi chef. Aku dah tempah die awal2 untuk jadi catering majlis kahwin aku nanti. hahaha. Die cakap Kek Pengantin je yang FREE (hopefully laaa) yang laen2 nasi minyak,lauk2 sume ade la discount skit2..hahaaha. 

Dinner Asasi TESL


Aku rase mesti korg bosan bace post ni sebab takde kaitan langsung ngan korg kan? hahahhaa. mesti la. ni pasal bestfren aku. aku tak tau nak tulis ape kat blog ni, tapi dah nekad kene rajin2kan diri update kat blog. huhhuhu. So, sampai sini je kot. Kalau korg nak kenal ngan besfren aku ni, cari jela kat FB. Plus, kalau korg layan barang2 Bundle, elok benar la kawan ngan die. Die mmg minat baju2 bundle ni. Orait. Jumpe lagi!

Ya Allah, Engkau kukuhkanlah persahabatan kami.

Friday 21 December 2012

The Debut

Hi. My name is Rachel Berry and I'll be singing "Don't Rain On My Parade" popularised by Miss Barbara Streisand Amiirul Aliif tapi korang boleh pggil RB je (rasenye korang dh bole teka kot RB tu ape kan?). korang xknal Rachel Berry? (geleng kepala) Fine. Beliau ialah watak utama dalam drama musikal yang tgah feymes skrg ni, Glee (kalau xtau Glee tu ape rasenye dah boleh tulis wasiat kot...hahaha). Rachel ni lead singer kumpulan Glee ni sbab suara die paling power xde sape bole lawan. So, ape kaitannya RB dengan aku? Suara aku bukan sedap pon, mcm suara kartun Suneo Doraemon tu haa. Actually, nickname RB tu member Asasi TESL aku yg bagi time kat UiTM Lendu dulu. Name die Zoey. Die pun minat Glee jugak. Die tau aku fanatik Glee and Rachel Berry, die pggil aku RB. Dah melekat name tu smpai sekarang. Skrg kat UPM pun kawan2 pggil aku RB gak.

Ni la Rachel Berry. Cantik kan?


Next, selain Glee, aku peminat fanatik Rihanna. bagi aku, Rihanna ialah orang kulit coklat (sape2 ckp Rihanna kulit HITAM mmg aku sembelih hidup2 hahaha) yang paling cantik dalam dunia ni. Sexy plak tu. Suara die unik macam suara aku. Sumpah. Dalam bnyk2 artis, lagu2 Rihanna la yg paling sesuai skali suara aku bole nyanyi, sedap pulak tu!(amboih, riak kejap). Kalau bukan sebab Rihanna, mungkin sekarang aku tak amik pun course Linguistic in English mahupun TESL. Lagu Unfaithful ialah lagu Inggeris pertama yang aku minat. Selama ni aku minat lagu melayu je. Ziana Zain, Misha Omar, Jaclyn Victor. Semua stok2 boleh tarik high note. hahaha.

Jelingan membunuh Rihanna.


Selain itu, (penanda wacana gitchew!!) aku sangat suka fashion dan aku sangat menjaga fashion aku (tgok mood,kalau xde mood pakai baju sakai2 ngan selipar jepun je). Oleh hal yang demikian, aku skrg sangat meminati The Victoria's Secret Fashion Show. Aku sangat teringin nk jadi Angel2 VS n catwalk dgn megahnye kat runway tu. Tapi dalam mimpi je la. Takpun, feeling2 je catwalk time jalan kat level kolej otw nk gi toilet tu ha. FYI, dlm VS ade sorg lagi gegel yang sangat lawa,cute lagi sexy yang sangat aku gila2kan sampai angau iaitu Miranda Kerr. Kalau tgok VS kat laptop, bila time die kluar jalan kat runway je pastu die pose, aku akan pause,pastu rewind balik,sampai puas hati. hahahaha..tp malang sekali, die BINI ORANG! Bini ORLANDO BLOOM. Damn HIM. 

Miranda Kerr. Xleh tnjuk full image, sexy!


Konklusinya, aku suke menyanyi dan menggayakan diri dgn baju2 yang vogue2. hahaha. Sampai sini je kot debut aku. Insya-Allah aku akan cuba merajinkan diri utk update post kat sini. Gudnyte!