Wednesday 23 October 2013

Program Vaksinasi HPV Untuk Wanita

Assalamualaikum.. Terlebih dahulu iolls nak mintak maaf banyak2 to all my TRBS Angels sebab dah lama tak bukak Butik TRBS ni(butik uolls, kau hado? Haha!). Iolls busy nak mampuih kat UPM ni. Event sana, program sini, konsert sana, fashion show sini, almaklumlah, iolls retis kat UPM ni.. hahaha (Bajetnye, gerenti kene sumpah seranah). Haaa, ni pun iolls nak promote satu event yang akan datang ni. Tapi event ni untuk kaum HAWA sahaja ye bukan untuk kaum ADAM mahupun HADAM.. hahaha! Program yang dimaksudkan ialah PROGRAM VAKSINASI HPV. 



Apa dia PROGRAM VAKSINASI HPV tu? Kalau uolls nak tahu, Program Vaksinasi HPV ( PVHPV) adalah satu program yang diusahakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara  (LPPKN) dan di bawah naungan Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). 


Objektif utama program vaksin ini adalah untuk mengurangkan beban penyakit sebagai penyebab Kanser pangkal rahim selama 20 tahun yang akan datang.

Matlamat utama vaksin ini adalah : 

• memberi vaksin HPV kepada semua perempuan dari umur 18 hingga 20 tahun. 
• Untuk melindungi wanita Malaysia dari risiko jangkitan HPV.
• Untuk mengurangkan risiko kanser pangkal rahim di kalangan wanita di Malaysia.

Uolls yg wanita, kalian tahu tak yang kanser serviks ni kanser No.3 paling popular kat Malaysia ni. Haa, tak takut ke kalau kena? So, orang kata menghindar lebih baik daripada mengubati kan? Jadi, pergilah dapatkan vaksin ni sebelum menyesal tak sudah. 



Makanya, bermula 2 Oktober hingga 16 November 2013, pihak LPPKN akan pergi ke universiti-universiti terpilih di Lembah Klang, Sabah dan Sarawak untuk memberi vaksin percuma kepada uolls2 yang bergelar wanita. Dan memandangkan iolls student UPM tercinta, iolls just nak bgtau jela yg event ni akan berlangsung di UPM bertempat di Bukit Expo - UPM pada 26th Oktober 2013 dari 9 pagi hingga 4 petang. Berikut ialah jadual bagi universiti2 lain.

· Taylor's University College @Syopz - 2nd October 2013
· Tunku Abdul Rahman University College - 9th October 2013
· Universiti Islam Antarabangsa - 23 October 2013
· 1Borneo Mall - 12 November 2013
· UniMas Sarawak - 14 November 2013

And before that, to all siswi2 universiti dan kolej semua ! ada benda yang menarik menanti buat uolls !

To those yang dah amik semua tiga dos, mereka akan diberikan pas percuma ke konsert artis-artis tempatan yang terkenal yang dijadualkan pada 2 Mac 2014.

Dan dalam masa terdekat ini , peserta dari setiap universiti atau kolej yang mendaftar untuk vaksin dalam kumpulan yang terdiri dari lima orang atau lebih akan layak untuk cabutan bertuah. 

 Hadiah tersebut cukup lumayan ! Hadiah dan destinasi outing uolls akan di-fully sponsored on the Girls Day Out ! Yay! 


Untuk maklumat lanjut mengenai LPPKN Program Vaksinasi HPV untuk Wanita serta maklumat mengenai lokasi roadshow, korang boleh layarihttp://facebook.com/PVHPV