Hi! Lamenye tak update post kat TRBS. Ade la dalam seminggu.
Actually, I’ve been through a very challenging week, sebab tu tak sempat nak
update post. Sori yer?? Hahaha.. So,memandangkan hari ni hari last bagi tahun
2012, post aku kali ni aku nak bagi award kat orang2 yang dah ceriakan hidup
aku sepanjang 2012. Baiklah, kita mulakan dengan kategori pertama.
Best Male Friend of The Year
Wan Aqil |
Yup! Takde orang lain lagi yang boleh kalahkan Wan Aqil
dalam kategori ni. Aqil layak terima anugerah ni sebab xde orang lain lagi yang
boleh ambil posisi dia sebagai BFF aku. (sila rujuk post My Best Friend Forever
And Ever untuk keterangan lanjut.. hahaha)
Best Female Friend of The Year
Mimie |
Pemenang bagi kategori ini ialah Mimie!! Memegang status ini
sejak 1st semester kat Asasi TESL sebab dia classmate aku. Mimie
mempunyai kecantikan dan keunikan yang tersendiri serta pandai berjenaka
menampakkan lagi kecomelan dan kegebuannya. Selalu jugak aku usik dia, dia
pernah tanya kalau dia dengan Aqil, aku pilih sape? Bila aku cakap aku pilih
Aqil, nanti dia merajuk kejap. Hahaha =P
Best New Male Friend of The Year
Kimi Jamai. Stylo kan dia? |
And the award goes to, the one and only, Kimi Jamai. Blogger
terhebat abad ini. Pengasas Cerita Kedai Kopi. Kat Asasi TESL dulu tak pernah
bercakap langsung ngan mamat ni. Pernah jugak ak ngumpat dia ni kat Asasi dulu.
Yela, semua perempuan minat dia. Nampak dia je jalan kat fakulti, nanti mesti
ade suara perempuan sapa die Kimi! Kimi! Kimi! (sebijik macam reaksi pompuan
bila Justin Bieber kat depan mata diorang.. hahaha!) Sori kimi! Aku rapat ngan
Kimi sebab kitorang coursemate dan classmate untuk semua kelas. Seingat aku,
kitorang rapat sebab kitorang duduk sebelah2 kat kelas kenegaraan. Nanti bila2
aku buat satu post pasal Kimi Jamai. Banyak benda aku nak ngumpat pasal dia ni.
=P
Best New Female Friend of The Year
Farah |
Fabulous Farah! Partner Mimie yang mengekor mana Mimie
pergi. Hahaha. Farah layak dapat anugerah ni sebab dia rapat ngan mimie. So, at
the same time aku pun terrapat la ngan die jugak. Plus, farah ni ala2 kakak aku
sebab kitorang share mak yang sama.. haha (Academic Advisor laa..). Kaya orangnya. Selalu
balik rumah time weekend. Pastu hari isnin, 1st class, datang sekali
ngan luggage yang dia bawak balik rumah. Hahaha.
Best Supporting New Male Friend of The Year
Letto |
Nama dia Khairul Anuar, tapi orang panggil dia Letto
(feeling2 retis menyampah aku.. hahaha). Letto classmate aku waktu kat asasi
semester dua. Aku takde la bnyak sangat bercakap nagn letto kat asasi dulu,
sebab dia ade geng dia sendiri, Amal, Dean sume.. Tapi, sejak masuk UPM,
kitorang coursemate so bnyak la interaksi ngan dia. Baik la jugak. (macam tak
ikhlas je.. hahaha). Baru2 ni aku bertekak ngan dia pasal muzik. Dia ni dengar
muzik yang jenis2 metal ntah aku pun tak tau genre ape orang panggil (yang
melodi bising dan bingit pastu penyanyi dia jerit2 sampai serak). Aku buat
statement la yang muzik2 camni merosakkan keindahan muzik yang seadanya. Berlakulah
perdebatan antara aku ngan letto, memandangkan hujah aku lebih convincing, dia
pun merajuk ngan aku and sampai sekarang taknak cakap ngan aku.. hahaha..
Letto, kalau kau baca post ni, aku mintak maaf tau..
Best Supporting New Female Friend of The Year
Maya yang cekak pinggang tu.. |
Nama dia Maya. Aku kenal dia kat UPM. Coursemate aku. Dia ni
kurang muda.. ahaha umur dia 20++. Taknak bagitau. Nanti dia cekik aku sebab
dia ni gila. Hahaha. Segila2 dia pun, dia ni best. Sangat open! Aku suka orang2
yang berfikiran terbuka ni, sebab diorang accept diri kita yang sebenar. Aku rapat
ngan Maya sebab ade sorang Lelaki Cina yang sangat hot yang Maya sangat suka ushar.
Hehehe. So, ape kaitannya ngan aku? Mamat Cina ni, Alfred, levelmate aku kat
kolej. So, hari2 nampak dia kat level. So, pandai2 la korang relate ye.. hahaha
Best Group of The Year
The Kienoxx |
We are The Kienoxx. Kumpulan diva-divana yang sangat
fabulous di Asasi TESL. Xleh nak describe lebih2 kenapa diorang menang award
ni. No comment. Retis tak?? Hehehe
Best Room Mate of The Year
Syamil |
Ni la room mate kesayangan aku, Syamil. Kitorang rumet kat
Kolej Tun Perak UiTM Lendu. TESL jugak. Classmate aku jugak. Dia ni suka wat
aku sakit hati. Tapi sebenarnya dia baik. Mungkin sebab dia tahu dia hensem, tu
sebab dia nak poyo2 ngan aku. hahaha..
Best Brother of The Year
Abg Harun |
Harun Hatta. Senior aku kat Kolej Lekiu, UiTM Lendu. Dia amik
course masscom. Sekarang dia study kat UiTM Shah Alam. Kalau aku gi Shah Alam
aku mesti melawat dia. Dia ni orang Sarawak sejati. Dia ni macam abang aku
dah(considering aku anak sulung). Dia faham aku, dia kenal perangai aku, dia
pandai amik hati aku, dia pandai nasihat aku, dia pandai buat apa yang
sepatutnya seorang abang lakukan kat adik dia.
Jadi, tahniah kepada semua pemenang. Itu sahaja untuk tahun
ni dalam TRBS Award. Jumpa lagi tahun depan!