Monday, 31 December 2012

The RB's Secret Award


Hi! Lamenye tak update post kat TRBS. Ade la dalam seminggu. Actually, I’ve been through a very challenging week, sebab tu tak sempat nak update post. Sori yer?? Hahaha.. So,memandangkan hari ni hari last bagi tahun 2012, post aku kali ni aku nak bagi award kat orang2 yang dah ceriakan hidup aku sepanjang 2012. Baiklah, kita mulakan dengan kategori pertama.


Best Male Friend of The Year

Wan Aqil

Yup! Takde orang lain lagi yang boleh kalahkan Wan Aqil dalam kategori ni. Aqil layak terima anugerah ni sebab xde orang lain lagi yang boleh ambil posisi dia sebagai BFF aku. (sila rujuk post My Best Friend Forever And Ever untuk keterangan lanjut.. hahaha)


Best Female Friend of The Year

Mimie

Pemenang bagi kategori ini ialah Mimie!! Memegang status ini sejak 1st semester kat Asasi TESL sebab dia classmate aku. Mimie mempunyai kecantikan dan keunikan yang tersendiri serta pandai berjenaka menampakkan lagi kecomelan dan kegebuannya. Selalu jugak aku usik dia, dia pernah tanya kalau dia dengan Aqil, aku pilih sape? Bila aku cakap aku pilih Aqil, nanti dia merajuk kejap. Hahaha =P


Best New Male Friend of The Year

Kimi Jamai. Stylo kan dia?

And the award goes to, the one and only, Kimi Jamai. Blogger terhebat abad ini. Pengasas Cerita Kedai Kopi. Kat Asasi TESL dulu tak pernah bercakap langsung ngan mamat ni. Pernah jugak ak ngumpat dia ni kat Asasi dulu. Yela, semua perempuan minat dia. Nampak dia je jalan kat fakulti, nanti mesti ade suara perempuan sapa die Kimi! Kimi! Kimi! (sebijik macam reaksi pompuan bila Justin Bieber kat depan mata diorang.. hahaha!) Sori kimi! Aku rapat ngan Kimi sebab kitorang coursemate dan classmate untuk semua kelas. Seingat aku, kitorang rapat sebab kitorang duduk sebelah2 kat kelas kenegaraan. Nanti bila2 aku buat satu post pasal Kimi Jamai. Banyak benda aku nak ngumpat pasal dia ni. =P



Best New Female Friend of The Year

Farah

Fabulous Farah! Partner Mimie yang mengekor mana Mimie pergi. Hahaha. Farah layak dapat anugerah ni sebab dia rapat ngan mimie. So, at the same time aku pun terrapat la ngan die jugak. Plus, farah ni ala2 kakak aku sebab kitorang share mak yang sama.. haha (Academic Advisor laa..). Kaya orangnya. Selalu balik rumah time weekend. Pastu hari isnin, 1st class, datang sekali ngan luggage yang dia bawak balik rumah. Hahaha.


Best Supporting New Male Friend of The Year

Letto

Nama dia Khairul Anuar, tapi orang panggil dia Letto (feeling2 retis menyampah aku.. hahaha). Letto classmate aku waktu kat asasi semester dua. Aku takde la bnyak sangat bercakap nagn letto kat asasi dulu, sebab dia ade geng dia sendiri, Amal, Dean sume.. Tapi, sejak masuk UPM, kitorang coursemate so bnyak la interaksi ngan dia. Baik la jugak. (macam tak ikhlas je.. hahaha). Baru2 ni aku bertekak ngan dia pasal muzik. Dia ni dengar muzik yang jenis2 metal ntah aku pun tak tau genre ape orang panggil (yang melodi bising dan bingit pastu penyanyi dia jerit2 sampai serak). Aku buat statement la yang muzik2 camni merosakkan keindahan muzik yang seadanya. Berlakulah perdebatan antara aku ngan letto, memandangkan hujah aku lebih convincing, dia pun merajuk ngan aku and sampai sekarang taknak cakap ngan aku.. hahaha.. Letto, kalau kau baca post ni, aku mintak maaf tau..


Best Supporting New Female Friend of The Year

Maya yang cekak pinggang tu..

Nama dia Maya. Aku kenal dia kat UPM. Coursemate aku. Dia ni kurang muda.. ahaha umur dia 20++. Taknak bagitau. Nanti dia cekik aku sebab dia ni gila. Hahaha. Segila2 dia pun, dia ni best. Sangat open! Aku suka orang2 yang berfikiran terbuka ni, sebab diorang accept diri kita yang sebenar. Aku rapat ngan Maya sebab ade sorang Lelaki Cina yang sangat hot yang Maya sangat suka ushar. Hehehe. So, ape kaitannya ngan aku? Mamat Cina ni, Alfred, levelmate aku kat kolej. So, hari2 nampak dia kat level. So, pandai2 la korang relate ye.. hahaha


Best Group of The Year

The Kienoxx

We are The Kienoxx. Kumpulan diva-divana yang sangat fabulous di Asasi TESL. Xleh nak describe lebih2 kenapa diorang menang award ni. No comment. Retis tak?? Hehehe


Best Room Mate of The Year

Syamil

Ni la room mate kesayangan aku, Syamil. Kitorang rumet kat Kolej Tun Perak UiTM Lendu. TESL jugak. Classmate aku jugak. Dia ni suka wat aku sakit hati. Tapi sebenarnya dia baik. Mungkin sebab dia tahu dia hensem, tu sebab dia nak poyo2 ngan aku. hahaha..


Best Brother of The Year

Abg Harun

Harun Hatta. Senior aku kat Kolej Lekiu, UiTM Lendu. Dia amik course masscom. Sekarang dia study kat UiTM Shah Alam. Kalau aku gi Shah Alam aku mesti melawat dia. Dia ni orang Sarawak sejati. Dia ni macam abang aku dah(considering aku anak sulung). Dia faham aku, dia kenal perangai aku, dia pandai amik hati aku, dia pandai nasihat aku, dia pandai buat apa yang sepatutnya seorang abang lakukan kat adik dia.


Jadi, tahniah kepada semua pemenang. Itu sahaja untuk tahun ni dalam TRBS Award. Jumpa lagi tahun depan!

No comments:

Post a Comment