Sunday, 20 January 2013

Azam 2013


Fuh.. Lamenye TRBS hiatus. Sampai dah tak ingat bila kali terakhir aku update post kat blog ni. Hahaha.. Owh ye.. Last update pasal TRBS Award which was on 31st Disember 2012. So, since post ni post pertama untuk tahun 2013 ni, aku rase benda paling klise nak cakap ialah azam tahun baru. Hehehe. But before that, aku nak wat check-list dulu azam 2012 yang dah tercapai.


1. Perform any glee songs in any event. (SUCCEED!)


Kitorang ikut 85% choreography Glee =)


Yup! It’s one of my dreams to perform on a stage where I get all the spotlights and all the audience are looking at me, the star of the show~ (hamboihh..lebih2 pulak aku nih..) Gambar di atas ialah gambar sewaktu aku dan kawan2 sekerja aku Alhasan Munawar, Aiman Juperi, Imran, dan Hazreezam Ali membuat persembahan dalam pertandingan Carrefour All Star Regional Championship. Kitorang wakil Carrefour Sutera Utama, JB berentap dengan Carrefour zon selatan yang lain termasuklah Carrefour Pandan(JB), Wangsa Maju, Batu Pahat, Subang Jaya, Puchong, Midvalley,etc. Ada 10 Carrefour. Sepatutnya kitorang giliran yang ke-6 tapi memandangkan kitorang lambat sampai, so kitorang perform last. And guess what? We brought the house down. Satu-satunya Carrefour yang mendapat tepukan paling gemuruh dari audience even juri2 pun berdiri tepuk tangan. Kitorang performed Edge of Glory(Lady Gaga), Stronger(What Doesn’t Kill You)(Kelly Clarkson) dan closing number, I Will Survive(Gloria Gaynor). Tiga-tiga lagu ni Glee ada buat cover, so kitorang performed Glee punya version. Dan kitorang JOHAN pertandingan ni. Nanti aku tulis satu entry pasal pertandingan ni dengan lebih detail. Best!


2. Get 3.50 GPA for second semester in Asasi TESL. (SUCCEED!)


Alhamdulillah, for all my hardworks, berjaya jugak aku dapat 3.50 untuk GPA 2nd semester Asasi TESL. Cukup2 makan pulak tu. Sem satu aku dapat 3.30 je. Dah 3 tahun aku tunggu nak dapat 3.50 sejak kali terakhir waktu aku Form 3 kat MRSM Kuala Klawang. Pastu aku masuk MRSM Tun Ghafar Baba (TGB) aku tak pernah dapat 3.50 sampailah aku graduate, pastu masuk Asasi TESL sem dua baru dapat 3.50 balik. Sekarang sem satu degree kat UPM tak tau la boleh dapat 3.50 ke tak. Doakan la ye?


Alright, sekarang nak cakap pasal azam 2013 pulak. Hmmmm… Aku tak berapa nak pasti sangat azam aku apa untuk tahun 2013 ni. Baiklah, yang pertama:

1. Perform any Glee songs in any event.

Gangnam Style

Paradise By The Dashboard Light


Sekali lagi, aku akan cuba untuk merealisasikan impian aku untuk perform di atas pentas yang mana aku dan rakan2 akan buat persembahan maybe untuk acara MAVEK ataupun Dinner course aku. Antara lagu yang dah aku pertimbangkan ialah Don’t Stop Believing, Gangnam Style, Paradise By The Dashboard Light, Don’t Rain On My Parade, etc.


2. Outshine in Basic Vocal class.

Once I got the microphone, I'll never let go!


Yup, memandangkan sem depan aku punya koko ialah Vokal Asas yang mana aku percaya ahli2 kelab yang lain for sure hebat2 belaka. Walaupun aku sedar diri suara aku tak lah sesedap Syahir Roslan dan Abade Burhan (dua2 coursemate aku) but you know what? I just have to believe in myself, not  anyone else but me. Perhaps, I believe I have a unique voice. (dah mula dah feeling2 Rachel Berry).

3. Walk on a runway in any event wearing a fabulous outfit.

One day, I'll be on the runway just like Miranda. I swear!


Definitely! Sejak tengok Victoria Secret, aku mula menanam impian untuk jadi model. Asalkan ada peluang, aku akan catwalk macam Adriana Lima, Miranda Kerr, Candice and Alessandra lepas tu pose macam diorang. Biasanya, peluang yang aku maksudkan ialah, bila nak pegi toilet. Bilik aku kat kolej sangat jauh dengan toilet. Bilik aku paling hujung, toilet pun paling hujung belah sana, so, setiap kali aku nak gi toilet, nanti aku feeling2 Victoria Secret la sepanjang koridor tu dengan catwalknye, facial expressionnye, posenye(padahal pakai tuala pastu tangan pegang bakul toiletries..hahaha). Pastu kalau dah sampai kat hujung, mulalah aku pose pastu feeling2 kenyit mata sebelah tak pun buat flying kiss.. hahaha.. But how?? Camne nak realisasikan impian aku ni?? Of course! Annual Dinner course aku nanti, aku akan cadangkan kat Kimi Jamai selaku Presiden course aku yang waktu dinner nanti aku nak ada runway yang mana sape2 nak memperagakan baju dinner diorang, boleh la jalan atas runway tu.. Sounds like a plan, right? hehehe

4. Get at least 3.50 GPA for current semester.


Again, aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan GPA 3.50. Maknanya aku kena lebih focus, kurangkan buang masa dan perform dalam on-going marks and tests yang kecik2.



Rasenye, tu je kot untuk entry kali ni. Dah banyak sangat dah ni rasanya. Terima kasih kerana setia bersama TRBS. Bye!

No comments:

Post a Comment