Wednesday, 23 January 2013

Bilikku, Syurgaku

Well, kita bertemu lagi di TRBS. So, basically post ni simple je sebab aku xde idea nak tulis ape. Tadi selak2 gambar terjumpa gambar bilik aku kat UPM waktu first day masuk UPM. Agak noob disitu sebab baru sekarang nak citer. hahaha pape pun, enjoy. =)



kemas kan?? hehehe



Meja study.

Sederhana je saiz bilik ni.

Menunggu room mate



My locker! Beg kecik tu kenangan dari Aqil, die buat sendiri.

Poster Glee harus la ada. Mike Chang, Brittany and Santana.

Katilku. Love2, mampu?

Mini Dictionary, Thesaurus, Glee, Glee, Glee, notebook, Dictionary.

So, tu je kot untuk harini. Maaf dipinta kepada semua pembaca TRBS, saya xde idea nak tulis ape. Kita jumpa lagi ye. Bye!

Tuesday, 22 January 2013

Revolusi Muzik Pilihan


Hohoho. Kita berjumpa lagi di TRBS! So, korang mesti tertanya2 apa menatang la revolusi music ni. Hahaha. Actually, hari ni aku nak citer pasal kronologi perubahan atau revolusi diri aku dalam industry muzik (ceh.. bunyi macam aku ni penyanyi je). Hahahaha. So, aku akan bahagikan kronologi revolusi music aku kepada 4 Zaman.


Zaman Sekolah Rendah

Dulu kat sekolah rendah, aku suka tengok Akademi Fantasia, Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Hitz 1 dan semua anugerah yang mengangkat lagu2 melayu. Lantaran itu, (hamboih ‘lantaran itu’ seyh..hahaha) aku sangat menyanjungi lagu2 melayu. TETAPI (ade tetapi jugak..) bukan semua penyanyi lagu melayu aku admire. Mereka yang aku kagumi hanyalah Ziana Zain, Jaclyn Victor dan Misha Omar. Semua lagu diorang aku suka. Tak terkecuali satu pun. FYI, AKU TAK MINAT LANGSUNG LAGU INGGERIS MAHUPUN ARTIS/PENYANYI HOLLYWOOD. Mungkin sebab masih kurang ‘english education’.

Ziana Zain, Ratu High Note Malaysia

Misha Omar, trademark dia angkat kaki.

Jac suka angkat mic tinggi bila tarik high note.


Zaman Menengah Rendah

Waktu aku menengah rendah, aku study kat MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan. Waktu Form 1, aku masih ngan industry muzik melayu lagi. Sampaikan ada sorang kawan aku ni, Afiq Rosalan, dia bercita-cita nak jadi composer, aku pulak nak jadi penyanyi. Kebetulan, kawan aku sorang lagi, Syahir Roslan pun rapat gak ngan Afiq ni, plus Syahir pun nak jadi penyanyi jugak. So, kitorang pun konon-kononnya buat la Syarikat Rakaman Bayangan(olok2 alam imaginasi je..) yang mana Afiq Alfian nama komersial Afiq Rosalan(kemain kau..) sebagai composer, sementara aku dan Syahir sign kontrak untuk menyanyi bawah syarikat dia. Hahahha. Budak2 sangat kan? budak2 tapi feeling2 retis..(korang tau tak retis tu ape? Retis tu artis. Hahaha)

Masuk Form 2, bermulalah revolusi pertama. Pada suatu hari, aku rasa sangat annoying bila dengar semua orang kat sekeliling aku nyanyi “You can stand under my umbrella, ella, ella, eh, eh, eh”. Pegi dewan makan waktu rehat, dewan makan pulak ada tv, so setiap hari waktu rehat dalam pukul 10am kan 8TV selalu tayang video clip lagu2 Inggeris, aku yg xminat ni for sure la abaikan kan. BUT, 8TV pun mainkan lagu ella2 tu hari2, fed up aku! Mengarut je lagu macam tu. Aku tnye la kawan aku, Roslan name die. Aku tnye la dia lagu ape yang sume orang nyanyi tu, yang ella2 tu. Pastu dia pun bgtahu la tu lagu Umbrella. Rihanna penyanyi dia. Pastu sampai asrama, dia bagi lirik lagu Umbrella tu, pastu dia bagi aku dengar lagu tu pakai mp3 dia. Aku pun dengar la sampai habis. Dalam hati aku cakap, best jugak lagu ni. Ketagih. Catchy. Balik rumah cuti skola, aku google Image ‘Rihanna’, cantik jugak dia. Sejak dari tu aku minat Rihanna. Rihanna la artis Inggeris pertama yang aku minat gila2. Seriously, sebab minat punya pasal, aku perform 2 lagu Rihanna kat sekolah, Umbrella waktu jamuan Lembaga Disiplin Pelajar, ngan Don’t Stop The Music waktu program MIGTY. Ada la jugak, kawan2 aku panggil aku Rihanna.

Isn't she gorgeous?


Zaman Menengah Atas

Waktu menengah atas aku dan sume batch aku kena pindah MRSM sebab Kuala Klawang takde upper secondary lagi. So, aku ditempatkan di MRSM Tun Ghafar Baba, Jasin. Kat situ, ada la 32 orang ex-KK yang dapat TGB jugak. So, kat TGB, aku bawak la identity Rihanna aku. Pada suatu hari, aku dengar satu lagu ni, Just Dance, Lady Gaga. Sedap lagu ni. Aku pun start follow music dia. At the same time, nama Lady Gaga pun naik gila2 sebab lagu2 die sume best2 plus personality dia yang mencuri perhatian. Kenapa? Sebab baju yang dia pakai sume pelik2! Aku pun terikut2 la fashion dia(tapi xdela over mcm die..). Fanatik gila aku ngan Lady Gaga waktu tu. Barang2 aku sume aku label pakai marker tulis “GAGA” sampaikan Cikgu chemist aku, Cikgu Suharfizza, cikgu Bio, Cikgu Farizan, ngan teacher English, Miss Rosmurni panggil aku Gaga. Hahaha.

She's gaga!
Kat topi tu ada metalic alphabet 'GAGA"


Zaman Universiti (Hingga kini)


Lepas abis SPM, baru la bebas untuk aku ambil tahu pasal dunia hiburan balik. So sepanjang aku tunggu nak result UPU, aku tengok la drama Glee yang aku copy dari kawan TGB aku. lama2 aku layan pulak Glee. Best! Lagu2 yang diorang cover semua boleh tahan. Kadang2 ada lagu tu Glee punye version lagi sedap. Sejak tu la aku kenal Rachel Berry. Sampai la masuk Asasi TESL kat UiTM Lendu, aku layan Glee. Lama2 fanatik la jadinya. Tu yang sampai dapat nick name RB. Persembahan Glee yang pertama aku buat, dalam kelas Grammar Miss Siti Zuraina. Kena wat sketsa, aku punye for sure la musical sebab terpengaruh dgn Glee. Aku nyanyi la lagu And I’m Telling You yang dicover oleh watak Glee, Mercedes Jones. Semput aku nyanyi lagu tu. High note sume! Persembahan kedua pulak yang Carrefour All Star tu la. Gila kan aku ni? Aku kalau dah minat satu benda tu, aku akan kecapi sampai jadi reality. Sekarang aku just layan Glee ngan Rihanna je. Yang lain2 tu sama ada melayu mahupun English aku follow gitu2 je. Kecuali Gangnam Style! Gangnam Style pun aku suke yang Glee punye version je. Hehehehe.

Glee sekarang dah season 4..


So, sampai sini je kot untuk entry kali ni. Nanti aku bercerita lagi. Jumpa lagi di TRBS! Bye! =)

Monday, 21 January 2013

Carrefour All Star Regional Competition


Yuhuuu~ Kita bertemu lagi di TRBS. So, seperti yang aku dah janji dengan korang, aku akan ceritakan pengalaman yang takkan aku lupakan, iaitu Carrefour All Star Regional Competition. So, nak dimulakan cerita, pada 1 Jun 2012, macam biasa la aku pergi kerja. Pastu, bila dah sampai, aku pun masuk la tempat kerja melalui Staff Entrance pastu letak barang2 aku kat dalam loker yang dah disediakan untuk staff kat Restroom. Sebelum aku naik, sempat la aku menjeling signboard kat restroom tu. Ade satu poster besar.


Poster ni lah inspirasi aku untuk menang!


Aku mula tersenyum. Dalam fikiran aku, ni la masanya untuk aku merealisasikan impian aku. So, aku naik Cashier Centre/office.  Dah masuk ofic, nmpk supervisor aku, Hazreezam Ali a.k.a Abang Ejam, aku tanye die pasal poster kat bawah tadi, pastu die cakap, “tu ha saya dah tampal details pasal pertandingan tu kat signboard tu”. Aku pun tengok la. OH MY GOD. Aku punya la happy sebab rules and regulations dia sebiji macam Glee! Cuma, Glee kena perform AT LEAST kena ada 12 orang, tapi untuk pertandingan ni MAKSIMUM 10 orang je minimum 5 orang. Tak kesah la. Aku punya excited macam nak menjerit rasanya. Nak bagitahu Aiman, dia pegi umrah, pertengahan bulan baru balik. Aiman pun fanatic Glee jugak. So, aku kena cari orang yang nak join group aku ni.


So, aku ngan Aiman je yang confirm sekarang. Abang Ejam pun kata dia nak masuk. Baru 3 orang, aku tanye kawan aku budak department Fresh, Imran, dia cakap dia tak pandai menari. Aku paksa jugak dia masuk, sebab yang lain pun bukan pandai sangat, belajar je la. Huhhu. Alright, sorang je lagi. Hmmm. Aku tahu! Hasan! Tapi dia cashier kat Giant Tampoi. Dia ada bgtahu aku yang dia tak tahan keje kat sana sebab supervisor die suka cari kesalahan dia walaupun dia tak bersalah. At the same time die pun minat Glee jugak. So, inilah peluang aku nak tarik dia masuk keje kat Carrefour dan masuk group aku untuk pertandingan ni. Aku call Hasan, dia pun setuju. Dia cabut dari Giant 8hb Jun, 10hb Jun tu dia masuk keje kat Carrefour. 11hb Jun aku anta nama kat Kak Zura, kitorang punya Human Resource. Aku letak nama Aiman sekali walaupun Aiman belum balik dari umrah. So, 5 orang itu ialah Aku, Hasan, Aiman, Imran dan Abang Ejam. Kitorang pun practice la setiap malam lepas balik keje sampai pukul 2 pagi selama sebulan. Mula2, belajar koreografi Edge of Glory. Yeah, Edge of Glory is a bitch, rasa macam nak patah pinggang aku menari lagu tu walaupun seminit setengah je. Dah perfect Edge of Glory, belajar koreografi Stronger(What Doesn’t Kill You) pulak, pastu baru la blaja koreografi lagu penutup, I Will Survive/Survivor.


Pamphlet kitorang. 


Lagi 2 minggu nak bertanding, kitorang fikir pasal costume. Mana nak cari duit nak beli costume? Kejap. Kitorang bertanding bawak nama Carrefour Sutera Utama. So, Store Director la kena sponsor, btol tak? So, Abg Ejam pun guna la kuasa dia sebagai supervisor di samping dia mmg kamcing ngan Charlie 1 (gelaran rasmi utk Store Director) untuk mintak duit sponsor nak beli costume. And guess what? Kitorang dapat RM900 beb! Utk 5 orang punye costume mewah tu! Sorang boleh pakai nak dekat RM200. So, Kitorang beli la costume.

Tiru tema warna Glee Nationals.. hehehe


Aku, Hasan dan Aiman je yang pakai costume merah ni, sebab Abg Ejam takde saiz. Untuk Imran ade saiz, tapi nanti cacat la. So, Imran ngan Abg Ejam kitorang decide untuk pakai costume lain, kaler putih. So basically 3 merah, 2 putih. (yang merah actually lead dancers.. hehehe).


Malam before hari pertandingan, kitorang tido rumah Abg Ejam. Practice sampai rasa puas hati. Esoknya, tibalah hari pertandingan. Kak Zura cakap bas Carrefour Pandan(JB) akan jemput kitorang pukul 5 pagi so kitorang bertolak pukul 4.45 pagi dari umah Abg Ejam. Abg Ejam pecut laju la sebab rumah dia dgn tempat keje kitorang ada la makan setengah jam. So, sepanjang perjalanan tu kitorang pasang la lagu persembahan kitorang, menari gitu-gitu je dalam kereta. Sejak dalam kereta tu lagi aku yakin gila kitorang akan menang. NO, sejak poster pertandingan tu keluar lagi aku dah memang yakin kalau aku masuk mesti menang. Bukan nak riak atau over konfiden, tapi memang aku dapat rasa kitorang akan menang? Why? We’ll win because we are different. Huhuhu. 


Bila dah sampai tempat keje, tengok bas tak sampai lagi. Tengok jam baru 5.10 am. Fine, kitorang tggu. Pukul 6 dah, tak sampai jugak. Kitorang gi semayang Subuh jap kat masjid belakang tempat keje kitorang. At last, pukul 7.30 baru sampai.


Dalam perjalanan, diorang cakap pertandingan untuk Central Region dah start. Maksudnya Carrefour2 dari zon tengah. Kitorang dari zon selatan. Owh ye, lupa nak bgtahu dalam bas yang kitorang naik tu ada peserta dari Carrefour Sutera(kitorang), Carrefour Pandan(JB), ngan Carrefour Batu Pahat. Serius rasa macam nak gi lawan choral speaking atau koir antara sekolah, tp ni antara Carrefour. Best tu! Hahaha. Kitorang je wakil Carrefour yang paling muda, Abg Ejam sorang umur 26 team kitorg. Aku, Hasan, Aiman, n Imran sume 19. Carrefour lain sume 20-30 an. Diorang sibuk tanya kitorang buat persembahan apa, tapi kitorang keep it as surprise. Hahaha. Pastu, agaknya diorang nak intimidate kitorang, diorang rehearsal dalam bas tu. Batu Pahat anta 2 team, satu buat dikir barat, satu lagi koir. Pandan pulak buat sketsa komedi. Waktu diorang rehearsal, aku Aiman n Hasan pandang-pandang pastu senyum menyindir. Then, Aiman cakap “Euuww, seriously diorang buat dikir barat ngan koir? We are so gonna win this thing! Hahaha”


Dalam pukul 12.30 tgahari, kitorang pun sampaila Summit Hotel USJ, venue event tu. Pertandingan untuk South Region dah nak start. Kitorang pun tukar la baju kat green room. Dah siap suma kitorg kuar la serentak. Peserta Carrefour lain sume tengok2 kitorg, sebab costume kitorg lagi fabulous dari diorg. Then kitorg duduk kat seat kitorg. Tetiba Kak Zura bgtahu turn kitorg yang last. Sepatutnya turn kitorang yang ke-6. Tapi sebab apa ntah kitorg kene tukar turn, turn ke-10, turn last. It’s okay la. At least dapat tengok sume saingan sebelum kitorang perform. 

Kat pintu masuk Ballroom 2


Pastu Kak Zura ada bagi kitorg list giliran. Ceteka apa kitorg wat ngan list tu? Setiap kali group yang perform tu dah abes wat persembahan, kitorang pangkah nama Carrefour diorg dalam list tu kalau kitorang rasa persembahan diorang tak berapa boleh menang. Hahahaha. Bukan nak cakap besar, but what do you expect from adults 30years old average age to perform? 


Seriously, ade satu Carrefour ni buat sketsa komedi pasal movie Ombak Rindu. Can u imagine? Then, ade 3 Carrefour nyanyi lagu yang SAMA. Aku Anak Kampung. Ade satu Carrefour yang buat kitorang cuak, sebab intro dia lagu Beyonce, Run The World. Cuak siot! Run The World tu! Susah kot koreografi die! BUT THEN, GUESS WHAT?? Harap je lagu Beyonce, tapi at the end of diorg punye performance, kitorang saling pandang dan cakap sambil gelak “Apa diorang buat kat atas pentas tu? Is that it? Penat je cuak mula2 tadi.. hahaha”


Then, sampai group ke-9 habes buat persembahan, kitorang tengok list giliran kat tangan kitorang, ada 9 pangkah. Aku selaku ketua The Trouble Tones(nama group kitorg), cakap kat groupmate aku yang lain “Alright, we are gonna win this. Just have fun kat atas pentas tu, but ingt penat lelah kita berlatih sebulan.” Kitorang pun bangun dari seat kitorang, Kak Zura, Kak Naza, Kak Nor wish gudlak, kitorang pun standby kat tanggan tepi pentas. Aku capai tangan Aiman n Hasan n cakap “ The Unholy Trinity. Starting together, ending together. Just the way it should be.” Kitorang gelak kecil pastu peluk bertiga.



“Please welcome our final contestant, from Carrefour Sutera Utama, The Trouble Tones!”

Kitorang pun naik atas pentas, ready kat posisi masing2 tunggu lagu start. Kuat gila orang tepuk n sorak sebab diorang dengar cerita performance kitorang best. Ehem3. Memang best pun. Tunggu punye tunggu, asal tak keluar2 lagu ni? Tunggu lagi. Pastu lagu pun keluar. Baru menari dalam 5 saat, tetiba lagu rosak. Aku pun berhenti la menari. Pandang groupmate aku yang lain. Ha, sudah. Tolong la jangan buat hal. Memang rosak btol la lagu tu. Aku dah cuak dah. Atas pentas ni. Memandangkan aku paling depan n paling tengah, aku buat isyarat tangan yang menandakan suruh stop. Pastu DJ yang jaga PA system tu pun stop. Then aku wat signal ‘lagi sekali’, then DJ tu pun angguk paham. Aku bagi arahan kat groupmate aku suruh balik kat posisi. 


Pastu baru la ok. Edge of Glory pun berkumandang. Aku menari sehabis baik la, feeling2 Santana(watak Glee). Spotlight bnyk giler! Lip lap lip lap! Masuk lagu Stronger. Sampai chorus tetiba ade asap keluar. Rupenye asap dari fog machine untuk tambah effect persembahan. Wow! Aku pun teruja la. Rasa macam artis giler! Makin semangat aku menari. Pastu masuk lagu last I Will Survive lagi best. Banyak gelek2, makin kuat la sorakan. Hahahha. Pastu dah nak abes, last part lagu tu kitorang pun buat2 jatuh slow2 ala2 baring, pastu baring, pastu habis. Punyalah gemuruh sorakan. Aku macam nak nangis. Nampak semua audience termasuklah 6 juri berdiri tepuk tangan. Yup. We brought the house down. Kitorang pun bangun, and vow serentak pastu turun dari stage pegi seat kitorang. 

Edge of Glory


Sampai je seat, tengok Kak Zura muka happy je, Kak Naza dah nangis dah cakap performance kitorang gempak. Hahaha. So, sekarang sementara tunggu result, kitorang gi makan. Makanan dah disediakan. Makanan hotel tu.


MC dah pegang result. Dia pun announce tempat kedua. Fyi, hanya dua group je yang akan menang n wakil South Region untuk bertanding lagi sekali kat peringkat National lawan dengan dua group yang menang dari Central Region and North Region. MC announce tempat ke-2. Kumpulan BP 1! Fuh. Batu Pahat dikir barat menang num 2. Aku ngan Aiman dah pandang2. What the hell dikir barat boleh menang? Kitorang cuak jugak walaupun aku yakin kitorang akan menang. Kitorang pegang tangan masing2.


“The Champion of the Carrefour All Star Regional Competition goes to … The Trouble Tones!!”


Kitorang menjerit punye la kuat. Terkejut kot. Aku Aiman n Imran bangun ala2 profesional terus naik pentas, Hasan n Abg Ejam terkinja2 lagi kat bawah peluk2. Hahaha. Pastu kitorang pun naik pentas amik hadiah. Untuk peringkat regional ni hadiah dia tak gempak sangat. GiftCard RM50 sorang. Tempat ke-2 RM30 sorang. Menang National nanti baru gempak. Pakej percutian 3 hari 2 malam (kapal terbang,hotel,makan) bersama pasangan masing2. 1st Langkawi, 2nd Penang, 3rd Port Dickson. Owh lupe plak, yang sampaikan hadiah kat kitorang tu boss besar Carrefour dari France, Stephane Coum. So, dapatlah kitorang salam ngan dia n amik gmbar ngan dia.

We are the champion!

Full performance kitorang
 Ni link full performance kitorang. Kalau kat YouTube, audionya laju sikit dari koreografinya.

So, tu jela pengalaman aku memenangi pertandingan talent show buat pertama kalinya. Fyi, kitorang tak pergi National sebab aku, Aiman n Hasan dah sambung belajar. Abg Ejam n Imran pun tak dapat cari pengganti, so kitorang(Sutera Utama) tarik diri. HR Carrefour South Region replace kitorang ngan pemenang tempat Ke-3 yang kitorang pun tak tau Carrefour mana. Sedih kan? Tapi nak wat camne? Apa2 pun, pengalaman ni takkan aku lupakan. So, sampai sini je kot untuk entry kali ni. Kepada korang yang baca sampai habis, terima kasih sebab setia dengan TRBS. Korang bole la tanya soalan dengan meninggalkan komen kat bawah nie. Alright? Until then. Bye! =)

Sunday, 20 January 2013

My Top 3 Most Favourite Movie

Hi korang! Entah kenapa rasa excited pulak nak post lagi satu entry kat TRBS ni padahal baru tadi update, tak sampai sejam pun. Hmmm... Untuk entry kali ni, aku akan senaraikan top 3 movie feveret aku sepanjang zaman. Movie2 ni ialah movie yang sangat menyentuh emosi aku sampaikan aku tengok banyak kali pun tetap menangis sampai keluar hingus hijau. hahaha. 

Tempat Ketiga


Tudiaaa.. Kabhi Khushi Kabhie Gham. Sape tak nangis tengok citer ni mmg aku rasa orang tu takde perasaan agaknya. Sedih kot citer ni. Rahul(Shah Rukh Khan) tu anak angkat keluarga sejak die umur 2 hari. Waktu umur die lapan tahun, ayah Yash(Amitabh Bachan) bagitahu yang dia anak angkat, tapi walau apa pun terjadi dia tetap anak sulung dalam rumah tu dan berjanji takkan timbulkan lagi perkara ni(Rahul anak angkat). Bila Rahul dah meningkat dewasa, dia jatuh cinta dengan perempuan kampung, Anjali(Kajol) dan tak direstui oleh Yash sebab melanggar tradisi keluarga yang mana ibu bapa yang tentukan jodoh. Kedegilan Rahul dan keegoan Yash telah menyebabkan 'perkara' tersebut diungkit dan akhirnya Rahul berpindah ke London. Anak kandung Yash, Rohan(Hritik Roshan) adik Rahul pun pergilah London untuk cari abang dan kakak ipar dia Anjali untuk satukan balik keluarga diorang. (sempat lagi citer sinopsis.. hahaha). Apapun, citer ni mmg buat aku nangis sebab pasal kekeluargaan plus, tangisan ibu oleh Jaya Bachan sangat menyentuh hati.


Tempat Kedua


Yeah..Love Is Cinta. Lakonan mantap Irwanshah dan Acha Septriasa. Aku menangis teresak-esak tengok citer ni. Korang google la tak pun download dan tengok sendiri citer ni. Serius! tak rugi tengok citer ni. Sedih nokhayom bak kata Kimi Jamai. hahaha



Tempat Pertama


Setuju? Atau tak setuju? Walaupun cerita cinta Jack and Rose dalam citer Titanic ni hanyalah fiksyen sahaja, tapi kekuatan cinta diorang aku dapat rasa.. Sampaikan aku selalu terfikir wujud ke cinta macam tu sekali? You jump, I jump. Memang aku nangis tersedu-sedu la tengok citer ni. Sampaikan bila Rose tua ni mati waktu scene last yang die tengah tido tu, aku boleh nangis yang mencurah2 air mata, merah muka. hahaha. Yela, Rose tua tu mati pastu roh dia jadi muda balik, pergi kat kapal Titanic tu, jumpe sume roh2 orang yang mati kat Titanic dan jumpalah roh Jack sekali kat main staircase kapal tu. Pastu diorang kiss and sume roh2 tadi tepuk tangan. Waaaaaaaaaaa... isk..isk..isk...



So, tu la die top 3 movie yang berjaya buat aku nangis macam orang gila. Korang? Mesti ada movie yang menyentuh emosi korang kan? Sampai sini je kot untuk kali ni. Jumpa lagi! Bye!

Azam 2013


Fuh.. Lamenye TRBS hiatus. Sampai dah tak ingat bila kali terakhir aku update post kat blog ni. Hahaha.. Owh ye.. Last update pasal TRBS Award which was on 31st Disember 2012. So, since post ni post pertama untuk tahun 2013 ni, aku rase benda paling klise nak cakap ialah azam tahun baru. Hehehe. But before that, aku nak wat check-list dulu azam 2012 yang dah tercapai.


1. Perform any glee songs in any event. (SUCCEED!)


Kitorang ikut 85% choreography Glee =)


Yup! It’s one of my dreams to perform on a stage where I get all the spotlights and all the audience are looking at me, the star of the show~ (hamboihh..lebih2 pulak aku nih..) Gambar di atas ialah gambar sewaktu aku dan kawan2 sekerja aku Alhasan Munawar, Aiman Juperi, Imran, dan Hazreezam Ali membuat persembahan dalam pertandingan Carrefour All Star Regional Championship. Kitorang wakil Carrefour Sutera Utama, JB berentap dengan Carrefour zon selatan yang lain termasuklah Carrefour Pandan(JB), Wangsa Maju, Batu Pahat, Subang Jaya, Puchong, Midvalley,etc. Ada 10 Carrefour. Sepatutnya kitorang giliran yang ke-6 tapi memandangkan kitorang lambat sampai, so kitorang perform last. And guess what? We brought the house down. Satu-satunya Carrefour yang mendapat tepukan paling gemuruh dari audience even juri2 pun berdiri tepuk tangan. Kitorang performed Edge of Glory(Lady Gaga), Stronger(What Doesn’t Kill You)(Kelly Clarkson) dan closing number, I Will Survive(Gloria Gaynor). Tiga-tiga lagu ni Glee ada buat cover, so kitorang performed Glee punya version. Dan kitorang JOHAN pertandingan ni. Nanti aku tulis satu entry pasal pertandingan ni dengan lebih detail. Best!


2. Get 3.50 GPA for second semester in Asasi TESL. (SUCCEED!)


Alhamdulillah, for all my hardworks, berjaya jugak aku dapat 3.50 untuk GPA 2nd semester Asasi TESL. Cukup2 makan pulak tu. Sem satu aku dapat 3.30 je. Dah 3 tahun aku tunggu nak dapat 3.50 sejak kali terakhir waktu aku Form 3 kat MRSM Kuala Klawang. Pastu aku masuk MRSM Tun Ghafar Baba (TGB) aku tak pernah dapat 3.50 sampailah aku graduate, pastu masuk Asasi TESL sem dua baru dapat 3.50 balik. Sekarang sem satu degree kat UPM tak tau la boleh dapat 3.50 ke tak. Doakan la ye?


Alright, sekarang nak cakap pasal azam 2013 pulak. Hmmmm… Aku tak berapa nak pasti sangat azam aku apa untuk tahun 2013 ni. Baiklah, yang pertama:

1. Perform any Glee songs in any event.

Gangnam Style

Paradise By The Dashboard Light


Sekali lagi, aku akan cuba untuk merealisasikan impian aku untuk perform di atas pentas yang mana aku dan rakan2 akan buat persembahan maybe untuk acara MAVEK ataupun Dinner course aku. Antara lagu yang dah aku pertimbangkan ialah Don’t Stop Believing, Gangnam Style, Paradise By The Dashboard Light, Don’t Rain On My Parade, etc.


2. Outshine in Basic Vocal class.

Once I got the microphone, I'll never let go!


Yup, memandangkan sem depan aku punya koko ialah Vokal Asas yang mana aku percaya ahli2 kelab yang lain for sure hebat2 belaka. Walaupun aku sedar diri suara aku tak lah sesedap Syahir Roslan dan Abade Burhan (dua2 coursemate aku) but you know what? I just have to believe in myself, not  anyone else but me. Perhaps, I believe I have a unique voice. (dah mula dah feeling2 Rachel Berry).

3. Walk on a runway in any event wearing a fabulous outfit.

One day, I'll be on the runway just like Miranda. I swear!


Definitely! Sejak tengok Victoria Secret, aku mula menanam impian untuk jadi model. Asalkan ada peluang, aku akan catwalk macam Adriana Lima, Miranda Kerr, Candice and Alessandra lepas tu pose macam diorang. Biasanya, peluang yang aku maksudkan ialah, bila nak pegi toilet. Bilik aku kat kolej sangat jauh dengan toilet. Bilik aku paling hujung, toilet pun paling hujung belah sana, so, setiap kali aku nak gi toilet, nanti aku feeling2 Victoria Secret la sepanjang koridor tu dengan catwalknye, facial expressionnye, posenye(padahal pakai tuala pastu tangan pegang bakul toiletries..hahaha). Pastu kalau dah sampai kat hujung, mulalah aku pose pastu feeling2 kenyit mata sebelah tak pun buat flying kiss.. hahaha.. But how?? Camne nak realisasikan impian aku ni?? Of course! Annual Dinner course aku nanti, aku akan cadangkan kat Kimi Jamai selaku Presiden course aku yang waktu dinner nanti aku nak ada runway yang mana sape2 nak memperagakan baju dinner diorang, boleh la jalan atas runway tu.. Sounds like a plan, right? hehehe

4. Get at least 3.50 GPA for current semester.


Again, aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan GPA 3.50. Maknanya aku kena lebih focus, kurangkan buang masa dan perform dalam on-going marks and tests yang kecik2.



Rasenye, tu je kot untuk entry kali ni. Dah banyak sangat dah ni rasanya. Terima kasih kerana setia bersama TRBS. Bye!