Hohoho. Kita berjumpa lagi di TRBS! So, korang mesti
tertanya2 apa menatang la revolusi music ni. Hahaha. Actually, hari ni aku nak
citer pasal kronologi perubahan atau revolusi diri aku dalam industry muzik (ceh..
bunyi macam aku ni penyanyi je). Hahahaha. So, aku akan bahagikan kronologi
revolusi music aku kepada 4 Zaman.
Zaman Sekolah Rendah
Dulu kat sekolah rendah, aku suka tengok Akademi Fantasia,
Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Hitz 1 dan semua anugerah
yang mengangkat lagu2 melayu. Lantaran itu, (hamboih ‘lantaran itu’
seyh..hahaha) aku sangat menyanjungi lagu2 melayu. TETAPI (ade tetapi jugak..)
bukan semua penyanyi lagu melayu aku admire. Mereka yang aku kagumi hanyalah Ziana
Zain, Jaclyn Victor dan Misha Omar. Semua lagu diorang aku suka. Tak terkecuali
satu pun. FYI, AKU TAK MINAT LANGSUNG LAGU INGGERIS MAHUPUN ARTIS/PENYANYI
HOLLYWOOD. Mungkin sebab masih kurang ‘english education’.
Ziana Zain, Ratu High Note Malaysia |
Misha Omar, trademark dia angkat kaki. |
Jac suka angkat mic tinggi bila tarik high note. |
Zaman Menengah Rendah
Waktu aku menengah rendah, aku study kat MRSM Kuala Klawang,
Negeri Sembilan. Waktu Form 1, aku masih ngan industry muzik melayu lagi. Sampaikan
ada sorang kawan aku ni, Afiq Rosalan, dia bercita-cita nak jadi composer, aku
pulak nak jadi penyanyi. Kebetulan, kawan aku sorang lagi, Syahir Roslan pun
rapat gak ngan Afiq ni, plus Syahir pun nak jadi penyanyi jugak. So, kitorang
pun konon-kononnya buat la Syarikat Rakaman Bayangan(olok2 alam imaginasi je..)
yang mana Afiq Alfian nama komersial Afiq Rosalan(kemain kau..) sebagai composer,
sementara aku dan Syahir sign kontrak untuk menyanyi bawah syarikat dia. Hahahha.
Budak2 sangat kan? budak2 tapi feeling2 retis..(korang tau tak retis tu ape? Retis
tu artis. Hahaha)
Masuk Form 2, bermulalah revolusi pertama. Pada suatu hari,
aku rasa sangat annoying bila dengar semua orang kat sekeliling aku nyanyi “You
can stand under my umbrella, ella, ella, eh, eh, eh”. Pegi dewan makan waktu
rehat, dewan makan pulak ada tv, so setiap hari waktu rehat dalam pukul 10am
kan 8TV selalu tayang video clip lagu2 Inggeris, aku yg xminat ni for sure la
abaikan kan. BUT, 8TV pun mainkan lagu ella2 tu hari2, fed up aku! Mengarut je
lagu macam tu. Aku tnye la kawan aku, Roslan name die. Aku tnye la dia lagu ape
yang sume orang nyanyi tu, yang ella2 tu. Pastu dia pun bgtahu la tu lagu
Umbrella. Rihanna penyanyi dia. Pastu sampai asrama, dia bagi lirik lagu Umbrella
tu, pastu dia bagi aku dengar lagu tu pakai mp3 dia. Aku pun dengar la sampai
habis. Dalam hati aku cakap, best jugak lagu ni. Ketagih. Catchy. Balik rumah cuti skola, aku google Image ‘Rihanna’, cantik jugak dia. Sejak dari tu aku minat
Rihanna. Rihanna la artis Inggeris pertama yang aku minat gila2. Seriously,
sebab minat punya pasal, aku perform 2 lagu Rihanna kat sekolah, Umbrella waktu
jamuan Lembaga Disiplin Pelajar, ngan Don’t Stop The Music waktu program MIGTY.
Ada la jugak, kawan2 aku panggil aku Rihanna.
Isn't she gorgeous? |
Zaman Menengah Atas
Waktu menengah atas aku dan sume batch aku kena pindah MRSM
sebab Kuala Klawang takde upper secondary lagi. So, aku ditempatkan di MRSM Tun
Ghafar Baba, Jasin. Kat situ, ada la 32 orang ex-KK yang dapat TGB jugak. So,
kat TGB, aku bawak la identity Rihanna aku. Pada suatu hari, aku dengar satu
lagu ni, Just Dance, Lady Gaga. Sedap lagu ni. Aku pun start follow music dia. At
the same time, nama Lady Gaga pun naik gila2 sebab lagu2 die sume best2 plus personality
dia yang mencuri perhatian. Kenapa? Sebab baju yang dia pakai sume pelik2! Aku pun
terikut2 la fashion dia(tapi xdela over mcm die..). Fanatik gila aku ngan Lady
Gaga waktu tu. Barang2 aku sume aku label pakai marker tulis “GAGA” sampaikan Cikgu
chemist aku, Cikgu Suharfizza, cikgu Bio, Cikgu Farizan, ngan teacher English,
Miss Rosmurni panggil aku Gaga. Hahaha.
She's gaga! |
Kat topi tu ada metalic alphabet 'GAGA" |
Zaman Universiti (Hingga kini)
Lepas abis SPM, baru la bebas untuk aku ambil tahu pasal
dunia hiburan balik. So sepanjang aku tunggu nak result UPU, aku tengok la
drama Glee yang aku copy dari kawan TGB aku. lama2 aku layan pulak Glee. Best! Lagu2
yang diorang cover semua boleh tahan. Kadang2 ada lagu tu Glee punye version
lagi sedap. Sejak tu la aku kenal Rachel Berry. Sampai la masuk Asasi TESL kat
UiTM Lendu, aku layan Glee. Lama2 fanatik la jadinya. Tu yang sampai dapat nick
name RB. Persembahan Glee yang pertama aku buat, dalam kelas Grammar Miss Siti
Zuraina. Kena wat sketsa, aku punye for sure la musical sebab terpengaruh dgn Glee. Aku nyanyi la lagu And I’m Telling You yang dicover oleh watak Glee,
Mercedes Jones. Semput aku nyanyi lagu tu. High note sume! Persembahan kedua
pulak yang Carrefour All Star tu la. Gila kan aku ni? Aku kalau dah minat satu
benda tu, aku akan kecapi sampai jadi reality. Sekarang aku just layan Glee
ngan Rihanna je. Yang lain2 tu sama ada melayu mahupun English aku follow gitu2
je. Kecuali Gangnam Style! Gangnam Style pun aku suke yang Glee punye version
je. Hehehehe.
Glee sekarang dah season 4.. |
So, sampai sini je kot untuk entry kali ni. Nanti aku
bercerita lagi. Jumpa lagi di TRBS! Bye! =)
No comments:
Post a Comment