Yuhuuu~ Kita bertemu lagi di TRBS. So, seperti yang aku dah
janji dengan korang, aku akan ceritakan pengalaman yang takkan aku lupakan,
iaitu Carrefour All Star Regional Competition. So, nak dimulakan cerita, pada 1
Jun 2012, macam biasa la aku pergi kerja. Pastu, bila dah sampai, aku pun masuk
la tempat kerja melalui Staff Entrance pastu letak barang2 aku kat dalam loker
yang dah disediakan untuk staff kat Restroom. Sebelum aku naik, sempat la aku
menjeling signboard kat restroom tu. Ade satu poster besar.
Poster ni lah inspirasi aku untuk menang! |
Aku mula tersenyum. Dalam fikiran aku, ni la masanya untuk
aku merealisasikan impian aku. So, aku naik Cashier Centre/office. Dah masuk ofic, nmpk supervisor aku, Hazreezam
Ali a.k.a Abang Ejam, aku tanye die pasal poster kat bawah tadi, pastu die cakap,
“tu ha saya dah tampal details pasal pertandingan tu kat signboard tu”. Aku pun
tengok la. OH MY GOD. Aku punya la happy sebab rules and regulations dia sebiji
macam Glee! Cuma, Glee kena perform AT LEAST kena ada 12 orang, tapi untuk
pertandingan ni MAKSIMUM 10 orang je minimum 5 orang. Tak kesah la. Aku punya
excited macam nak menjerit rasanya. Nak bagitahu Aiman, dia pegi umrah,
pertengahan bulan baru balik. Aiman pun fanatic Glee jugak. So, aku kena cari
orang yang nak join group aku ni.
So, aku ngan Aiman je yang confirm sekarang. Abang Ejam pun
kata dia nak masuk. Baru 3 orang, aku tanye kawan aku budak department Fresh,
Imran, dia cakap dia tak pandai menari. Aku paksa jugak dia masuk, sebab yang
lain pun bukan pandai sangat, belajar je la. Huhhu. Alright, sorang je lagi.
Hmmm. Aku tahu! Hasan! Tapi dia cashier kat Giant Tampoi. Dia ada bgtahu aku
yang dia tak tahan keje kat sana sebab supervisor die suka cari kesalahan dia
walaupun dia tak bersalah. At the same time die pun minat Glee jugak. So,
inilah peluang aku nak tarik dia masuk keje kat Carrefour dan masuk group aku
untuk pertandingan ni. Aku call Hasan, dia pun setuju. Dia cabut dari Giant 8hb
Jun, 10hb Jun tu dia masuk keje kat Carrefour. 11hb Jun aku anta nama kat Kak
Zura, kitorang punya Human Resource. Aku letak nama Aiman sekali walaupun Aiman
belum balik dari umrah. So, 5 orang itu ialah Aku, Hasan, Aiman, Imran dan
Abang Ejam. Kitorang pun practice la setiap malam lepas balik keje sampai pukul
2 pagi selama sebulan. Mula2, belajar koreografi Edge of Glory. Yeah, Edge of
Glory is a bitch, rasa macam nak patah pinggang aku menari lagu tu walaupun
seminit setengah je. Dah perfect Edge of Glory, belajar koreografi
Stronger(What Doesn’t Kill You) pulak, pastu baru la blaja koreografi lagu
penutup, I Will Survive/Survivor.
Pamphlet kitorang. |
Lagi 2 minggu nak bertanding, kitorang fikir pasal costume. Mana
nak cari duit nak beli costume? Kejap. Kitorang bertanding bawak nama Carrefour
Sutera Utama. So, Store Director la kena sponsor, btol tak? So, Abg Ejam pun
guna la kuasa dia sebagai supervisor di samping dia mmg kamcing ngan Charlie 1
(gelaran rasmi utk Store Director) untuk mintak duit sponsor nak beli costume.
And guess what? Kitorang dapat RM900 beb! Utk 5 orang punye costume mewah tu!
Sorang boleh pakai nak dekat RM200. So, Kitorang beli la costume.
Tiru tema warna Glee Nationals.. hehehe |
Aku, Hasan dan Aiman je yang pakai costume merah ni, sebab
Abg Ejam takde saiz. Untuk Imran ade saiz, tapi nanti cacat la. So, Imran ngan
Abg Ejam kitorang decide untuk pakai costume lain, kaler putih. So basically 3
merah, 2 putih. (yang merah actually lead dancers.. hehehe).
Malam before hari pertandingan, kitorang tido rumah Abg
Ejam. Practice sampai rasa puas hati. Esoknya, tibalah hari pertandingan. Kak
Zura cakap bas Carrefour Pandan(JB) akan jemput kitorang pukul 5 pagi so
kitorang bertolak pukul 4.45 pagi dari umah Abg Ejam. Abg Ejam pecut laju la
sebab rumah dia dgn tempat keje kitorang ada la makan setengah jam. So,
sepanjang perjalanan tu kitorang pasang la lagu persembahan kitorang, menari
gitu-gitu je dalam kereta. Sejak dalam kereta tu lagi aku yakin gila kitorang
akan menang. NO, sejak poster pertandingan tu keluar lagi aku dah memang yakin
kalau aku masuk mesti menang. Bukan nak riak atau over konfiden, tapi memang
aku dapat rasa kitorang akan menang? Why? We’ll win because we are different. Huhuhu.
Bila dah sampai tempat keje, tengok bas tak sampai lagi. Tengok jam baru 5.10
am. Fine, kitorang tggu. Pukul 6 dah, tak sampai jugak. Kitorang gi semayang
Subuh jap kat masjid belakang tempat keje kitorang. At last, pukul 7.30 baru
sampai.
Dalam perjalanan, diorang cakap pertandingan untuk Central
Region dah start. Maksudnya Carrefour2 dari zon tengah. Kitorang dari zon
selatan. Owh ye, lupa nak bgtahu dalam bas yang kitorang naik tu ada peserta
dari Carrefour Sutera(kitorang), Carrefour Pandan(JB), ngan Carrefour Batu
Pahat. Serius rasa macam nak gi lawan choral speaking atau koir antara sekolah,
tp ni antara Carrefour. Best tu! Hahaha. Kitorang je wakil Carrefour yang
paling muda, Abg Ejam sorang umur 26 team kitorg. Aku, Hasan, Aiman, n Imran
sume 19. Carrefour lain sume 20-30 an. Diorang sibuk tanya kitorang buat
persembahan apa, tapi kitorang keep it as surprise. Hahaha. Pastu, agaknya
diorang nak intimidate kitorang, diorang rehearsal dalam bas tu. Batu Pahat
anta 2 team, satu buat dikir barat, satu lagi koir. Pandan pulak buat sketsa
komedi. Waktu diorang rehearsal, aku Aiman n Hasan pandang-pandang pastu senyum
menyindir. Then, Aiman cakap “Euuww, seriously diorang buat dikir barat ngan
koir? We are so gonna win this thing! Hahaha”
Dalam pukul 12.30 tgahari, kitorang pun sampaila Summit
Hotel USJ, venue event tu. Pertandingan untuk South Region dah nak start.
Kitorang pun tukar la baju kat green room. Dah siap suma kitorg kuar la
serentak. Peserta Carrefour lain sume tengok2 kitorg, sebab costume kitorg lagi
fabulous dari diorg. Then kitorg duduk kat seat kitorg. Tetiba Kak Zura bgtahu
turn kitorg yang last. Sepatutnya turn kitorang yang ke-6. Tapi sebab apa ntah
kitorg kene tukar turn, turn ke-10, turn last. It’s okay la. At least dapat
tengok sume saingan sebelum kitorang perform.
Kat pintu masuk Ballroom 2 |
Pastu Kak Zura ada bagi kitorg
list giliran. Ceteka apa kitorg wat ngan list tu? Setiap kali group yang perform
tu dah abes wat persembahan, kitorang pangkah nama Carrefour diorg dalam list
tu kalau kitorang rasa persembahan diorang tak berapa boleh menang. Hahahaha.
Bukan nak cakap besar, but what do you expect from adults 30years old average age to
perform?
Seriously, ade satu Carrefour ni buat sketsa komedi pasal movie Ombak
Rindu. Can u imagine? Then, ade 3 Carrefour nyanyi lagu yang SAMA. Aku Anak
Kampung. Ade satu Carrefour yang buat kitorang cuak, sebab intro dia lagu
Beyonce, Run The World. Cuak siot! Run The World tu! Susah kot koreografi die!
BUT THEN, GUESS WHAT?? Harap je lagu Beyonce, tapi at the end of diorg punye
performance, kitorang saling pandang dan cakap sambil gelak “Apa diorang buat
kat atas pentas tu? Is that it? Penat je cuak mula2 tadi.. hahaha”
Then, sampai group ke-9 habes buat persembahan, kitorang
tengok list giliran kat tangan kitorang, ada 9 pangkah. Aku selaku ketua The
Trouble Tones(nama group kitorg), cakap kat groupmate aku yang lain “Alright,
we are gonna win this. Just have fun kat atas pentas tu, but ingt penat lelah
kita berlatih sebulan.” Kitorang pun bangun dari seat kitorang, Kak Zura, Kak
Naza, Kak Nor wish gudlak, kitorang pun standby kat tanggan tepi pentas. Aku
capai tangan Aiman n Hasan n cakap “ The Unholy Trinity. Starting together,
ending together. Just the way it should be.” Kitorang gelak kecil pastu peluk
bertiga.
“Please welcome our final contestant, from Carrefour Sutera
Utama, The Trouble Tones!”
Kitorang pun naik atas pentas, ready kat posisi masing2
tunggu lagu start. Kuat gila orang tepuk n sorak sebab diorang dengar cerita
performance kitorang best. Ehem3. Memang best pun. Tunggu punye tunggu, asal
tak keluar2 lagu ni? Tunggu lagi. Pastu lagu pun keluar. Baru menari dalam 5
saat, tetiba lagu rosak. Aku pun berhenti la menari. Pandang groupmate aku yang
lain. Ha, sudah. Tolong la jangan buat hal. Memang rosak btol la lagu tu. Aku dah
cuak dah. Atas pentas ni. Memandangkan aku paling depan n paling tengah, aku
buat isyarat tangan yang menandakan suruh stop. Pastu DJ yang jaga PA system tu
pun stop. Then aku wat signal ‘lagi sekali’, then DJ tu pun angguk paham. Aku bagi
arahan kat groupmate aku suruh balik kat posisi.
Pastu baru la ok. Edge of
Glory pun berkumandang. Aku menari sehabis baik la, feeling2 Santana(watak Glee). Spotlight
bnyk giler! Lip lap lip lap! Masuk lagu Stronger. Sampai chorus tetiba ade asap
keluar. Rupenye asap dari fog machine untuk tambah effect persembahan. Wow! Aku
pun teruja la. Rasa macam artis giler! Makin semangat aku menari. Pastu masuk
lagu last I Will Survive lagi best. Banyak gelek2, makin kuat la sorakan. Hahahha.
Pastu dah nak abes, last part lagu tu kitorang pun buat2 jatuh slow2 ala2
baring, pastu baring, pastu habis. Punyalah gemuruh sorakan. Aku macam nak
nangis. Nampak semua audience termasuklah 6 juri berdiri tepuk tangan. Yup. We brought
the house down. Kitorang pun bangun, and vow serentak pastu turun dari stage
pegi seat kitorang.
Edge of Glory |
Sampai je seat, tengok Kak Zura muka happy je, Kak Naza dah
nangis dah cakap performance kitorang gempak. Hahaha. So, sekarang sementara
tunggu result, kitorang gi makan. Makanan dah disediakan. Makanan hotel tu.
MC dah pegang result. Dia pun announce tempat kedua. Fyi,
hanya dua group je yang akan menang n wakil South Region untuk bertanding lagi
sekali kat peringkat National lawan dengan dua group yang menang dari Central
Region and North Region. MC announce tempat ke-2. Kumpulan BP 1! Fuh. Batu
Pahat dikir barat menang num 2. Aku ngan Aiman dah pandang2. What the hell
dikir barat boleh menang? Kitorang cuak jugak walaupun aku yakin kitorang akan
menang. Kitorang pegang tangan masing2.
“The Champion of the Carrefour All Star Regional Competition
goes to … The Trouble Tones!!”
Kitorang menjerit punye la kuat. Terkejut kot. Aku Aiman n
Imran bangun ala2 profesional terus naik pentas, Hasan n Abg Ejam terkinja2
lagi kat bawah peluk2. Hahaha. Pastu kitorang pun naik pentas amik hadiah. Untuk
peringkat regional ni hadiah dia tak gempak sangat. GiftCard RM50 sorang.
Tempat ke-2 RM30 sorang. Menang National nanti baru gempak. Pakej percutian 3
hari 2 malam (kapal terbang,hotel,makan) bersama pasangan masing2. 1st
Langkawi, 2nd Penang, 3rd Port Dickson. Owh lupe plak,
yang sampaikan hadiah kat kitorang tu boss besar Carrefour dari France,
Stephane Coum. So, dapatlah kitorang salam ngan dia n amik gmbar ngan dia.
We are the champion! Full performance kitorang |
So, tu jela pengalaman aku memenangi pertandingan talent
show buat pertama kalinya. Fyi, kitorang tak pergi National sebab aku, Aiman n
Hasan dah sambung belajar. Abg Ejam n Imran pun tak dapat cari pengganti, so
kitorang(Sutera Utama) tarik diri. HR Carrefour South Region replace kitorang
ngan pemenang tempat Ke-3 yang kitorang pun tak tau Carrefour mana. Sedih kan? Tapi
nak wat camne? Apa2 pun, pengalaman ni takkan aku lupakan. So, sampai sini je
kot untuk entry kali ni. Kepada korang yang baca sampai habis, terima kasih
sebab setia dengan TRBS. Korang bole la tanya soalan dengan meninggalkan komen
kat bawah nie. Alright? Until then. Bye! =)
No comments:
Post a Comment