Sunday, 20 January 2013

My Top 3 Most Favourite Movie

Hi korang! Entah kenapa rasa excited pulak nak post lagi satu entry kat TRBS ni padahal baru tadi update, tak sampai sejam pun. Hmmm... Untuk entry kali ni, aku akan senaraikan top 3 movie feveret aku sepanjang zaman. Movie2 ni ialah movie yang sangat menyentuh emosi aku sampaikan aku tengok banyak kali pun tetap menangis sampai keluar hingus hijau. hahaha. 

Tempat Ketiga


Tudiaaa.. Kabhi Khushi Kabhie Gham. Sape tak nangis tengok citer ni mmg aku rasa orang tu takde perasaan agaknya. Sedih kot citer ni. Rahul(Shah Rukh Khan) tu anak angkat keluarga sejak die umur 2 hari. Waktu umur die lapan tahun, ayah Yash(Amitabh Bachan) bagitahu yang dia anak angkat, tapi walau apa pun terjadi dia tetap anak sulung dalam rumah tu dan berjanji takkan timbulkan lagi perkara ni(Rahul anak angkat). Bila Rahul dah meningkat dewasa, dia jatuh cinta dengan perempuan kampung, Anjali(Kajol) dan tak direstui oleh Yash sebab melanggar tradisi keluarga yang mana ibu bapa yang tentukan jodoh. Kedegilan Rahul dan keegoan Yash telah menyebabkan 'perkara' tersebut diungkit dan akhirnya Rahul berpindah ke London. Anak kandung Yash, Rohan(Hritik Roshan) adik Rahul pun pergilah London untuk cari abang dan kakak ipar dia Anjali untuk satukan balik keluarga diorang. (sempat lagi citer sinopsis.. hahaha). Apapun, citer ni mmg buat aku nangis sebab pasal kekeluargaan plus, tangisan ibu oleh Jaya Bachan sangat menyentuh hati.


Tempat Kedua


Yeah..Love Is Cinta. Lakonan mantap Irwanshah dan Acha Septriasa. Aku menangis teresak-esak tengok citer ni. Korang google la tak pun download dan tengok sendiri citer ni. Serius! tak rugi tengok citer ni. Sedih nokhayom bak kata Kimi Jamai. hahaha



Tempat Pertama


Setuju? Atau tak setuju? Walaupun cerita cinta Jack and Rose dalam citer Titanic ni hanyalah fiksyen sahaja, tapi kekuatan cinta diorang aku dapat rasa.. Sampaikan aku selalu terfikir wujud ke cinta macam tu sekali? You jump, I jump. Memang aku nangis tersedu-sedu la tengok citer ni. Sampaikan bila Rose tua ni mati waktu scene last yang die tengah tido tu, aku boleh nangis yang mencurah2 air mata, merah muka. hahaha. Yela, Rose tua tu mati pastu roh dia jadi muda balik, pergi kat kapal Titanic tu, jumpe sume roh2 orang yang mati kat Titanic dan jumpalah roh Jack sekali kat main staircase kapal tu. Pastu diorang kiss and sume roh2 tadi tepuk tangan. Waaaaaaaaaaa... isk..isk..isk...



So, tu la die top 3 movie yang berjaya buat aku nangis macam orang gila. Korang? Mesti ada movie yang menyentuh emosi korang kan? Sampai sini je kot untuk kali ni. Jumpa lagi! Bye!

No comments:

Post a Comment